Monday, May 1, 2017

Bab 1: Kerja kerajaan, swasta, dan sendiri

1 Mei 2017 (Hari Buruh)
1.43 petang
Meja kecil hadapan TV, Malaysia

Kerja kerajaan, swasta, dan sendiri.
(Oleh: Umarul Haqimi Zamri)


Di Malaysia, kau ada 3 pilihan pekerjaan, sama ada nak kerja dengan kerajaan, swasta, atau kerja dengan diri sendiri untuk diri sendiri. Kalau di negara lain, memang aku cakap, jadi dishwasher itu satu kerja common. Malangnya di Malaysia, rata-rata masyarakat tidak memilih untuk menjadi dishwasher terutamanya pelajar universiti yang bekerja secara sambilan. Mereka (kebanyakannya) lebih gemar menjadi cashier 7 Eleven, McDonald’s, dan waiter restoran. Mungkin bagi aku, dishwasher itu sudah cukup bagus, sebagai kerja sambilan, mungkin sudah cukup untuk menampung makan kau untuk seminggu. Untuk apa kau (pelajar) mencari upah lebih? Membeli iPhone keluaran terkini? Berjimba bersama pasangan kekasih? Fikir sendiri.

Berbalik kepada topik asal. 3 pilihan utama bekerja, kau pilih yang mana? Mungkin sebagai rakyat Malaysia, kau dibesarkan dengan mencapai objektif utama hidup dengan bekerja dengan kerajaan, kerana berhutang dengan kerajaan. Jangan risau, hutang pendidikan (kepada pelajar) bukan satu beban. Ia satu sistem pelaburan tangguhan, dengan syarat pelaburan disertakan dengan usaha yang setimpal untuk membalas jasa. Bagi aku, bekerja dengan kerajaan ialah satu langkah bijak untuk membayar semula hutang pendidikan. Kau dijaga cermat dengan KWSP, insurans, potongan hutang pendidikan, dan sebagainya. Ibarat kau menjadi fasilitator di sekolah menengah kau dulu untuk membalas jasa sekolah. Cuma dengan masa kerja yang lebih.

Bekerja dengan kerajaan, kau bekerja untuk negara.

Maksudnya kalau bekerja dengan swasta ni, pembelot negara? Kalau kau berfikiran macam ni, elok kau mengganggur. Tiada kena mengena dengan menjadi pembelot, berhenti menjadi judgemental seperti rakyat Malaysia yang lain (kebanyakannya). Bekerja dengan swasta, malah satu peluang istimewa/khas kepada pencari kerja. Kau berupaya menguasai pelbagai kemahiran soft skil, dan berminda lebih terbuka, malah kritis, kreatif dan kritikal (3K). Temuduga dengan syarikat swasta tidak bermain angin dengan keputusan akademik, dan kelayakan universiti. Kau pandai mengawal situasi genting, kau diterima. Bekerja dengan swasta satu cara kau mengembangkan sayap ke serata dunia. Jangan risau, kau bukan pembelot negara.

Bekerja dengan swasta, kau bekerja untuk kemajuan kendiri (dan mungkin gaji).

Berbicara mengenai gaji/pendapatan, swasta mungkin lebih banyak daripada kerajaan, tapi pesanan aku awal-awal, jangan bekerja kerana gaji (kecuali di saat susah dan betul-betul memerlukan wang). Kerja kerana ingin menabur bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kalau tak pun, fikir untuk keluarga sendiri pun sudah cukup rasanya. Bekerja sendiri memerlukan passion yang tinggi, dan rajin. Kau tengok sendiri Ray Kroc (rujuk filem ‘The Founder’ tahun 2016) pengusaha McDonald’s, ataupun Sam Houser (rujuk filem ‘The Gamechangers’ tahun 2015) pelopor video game GTA, dan bagaimana  mereka mengambil risiko untuk memulakan bidang kerja masing-masing. Kau bekerja sendiri, untuk diri sendiri. Sama ada kau mahukan bidang kerja kau menjadi terkenal, menjadi pelopor (satu revolutionary), menjadi ikutan generasi seterusnya, terpulang. Ini medan peperangan kau dengan diri kau sendiri, dan orang lain seperti kau.

Aku lebih gemar kupas pilihan yang ketiga ini, kerana aku berpendapat inilah bidang pekerjaan zaman Generasi Z & Alpha, abad ke-21, dunia jaringan tanpa limitasi. Bekerja sendiri adalah di mana kau lebih gemar mencari risiko, mencuri peluang, bersaing secara garang, mencuba sesuatu yang baru dan menjadi seorang manusia berfalsafah. Kau akan hadir dengan motivasi tersendiri, mengambil contoh, Sam Houser, yang bertindak secara berisiko, tanpa patah balik, dan berani kerana benar. Di mana beliau berorientasikan falsafah hidup Don Simpson, seorang penerbit. Beliau juga berkata, bekerja sendiri means business. Jadi, kau kena cekap berfikiran sedemikian. Tambahan, sebagai seorang Muslim, perniagaan kita menjadi satu sunnah, dengan mematuhi syariat yang digariskan.
Bekerja sendiri, kau bekerja untuk sesuatu yang baru, sesuatu yang kau tak pernah tahu sebelum ni.

Jadi terpulang, kau nak kerja kerajaan ke, swasta ke, sendiri ke. Kau aturlah sebaik mungkin, biar Allah yang tentukan. Dan sentiasa ingat rezeki itu luas. Kau repeat paper dua kali pun, kalau akhirnya kau usaha untuk berjaya, dan Allah nak bagi, maka itu rezeki kau. Setiap kali kau berasa gagal, maka ubahlah diri kau menjadi yang lebih baik.

Change, gentlemen. It’s a wonderful thing. Embrace it.” – Cendekiawan Matematik Barat, G. H. Hardy (rujuk filem ‘The Man Who Knew Infinity’ tahun 2015)

Sekian.

2 comments: