Monday, May 1, 2017

Bab 2: Modal tinggi, modal rendah, dan tiada modal

1 Mei 2017 (Hari Buruh)
6.06 petang
Meja kecil hadapan TV, Malaysia

Modal tinggi, modal rendah, dan tiada modal
(Oleh: Umarul Haqimi Zamri)

Sempena Hari Buruh yang disambut oleh semua pekerja di dunia dengan mengambil cuti pelepasan am tanpa membuat kerja, aku sambung dengan topik berkenaan modal. Jika kau berminat untuk memulakan pekerjaan sendiri (atau pekerjaan atas talian), topik ini mungkin sesuai untuk kau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan. Berkenaan perniagaan, aku nasihatkan kalau kau belum bersedia untuk rugi, ratusan, ribuan, or even sepuluh ringgit, jangan mula lagi. Make youself ready as much to face these kind of hurdles further onto the future. Kecuali kalau kau anak Dato’, harta warisan berlapis generasi, dipersilakan. Why? Itu akan aku kupas sekejap lagi.

Modal tinggi, modal rendah, dan tiada modal. Jika aku boleh kaitkan dengan kerja kerajaan, swasta, dan sendiri, sudah tentu modal tidak wujud dalam pekerjaan dengan kerajaan, mahupun swasta. Kau hanya berbekalkan ilmu, dan kemahiran (mungkin beberapa sijil sukarelawan atau akademik). Tetapi bekerja sendiri ialah di mana kau bekerja dengan modal. How it’ll costs, how it’ll pays. Remind me not to judge those kerja kerajaan & swasta, I’m just more into this thingy, kerja dengan modal. Besides, ramai yang bekerja sekarang menggunakan prinsip #2Kerja yang diperkenalkan Dato’ Ahmad bin Maslan. Everyone knows him, right?

Modal tinggi

Kita mulakan dengan modal tinggi. Aku nak tanya, kau ada RM10,000 dalam akaun bank kau sekarang? Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau takde pun, Alhamdulillah. At least sekarang kau tengah baca dan mungkin berpeluang untuk kau jana duit kau sampai ke angka tersebut. Insyaallah, Amin. Untuk modal tinggi, aku nak kau bayangkan. Kau nak buka kedai jual kasut (tak kisah ori, copy ori, or even fake), and then kau come up dengan modal RM10,000. Expenses spent untuk daftar dengan SSM, renovate kedai, accomodation, facilities, bil elektrik, almari, shelves, and of course a whole lot of shoes. So, kau spend the RM10,000 untuk kesemuanya, dengan kiraan yang tepat, kau rasa kau boleh dapat twice the price. Well, at this stake of economic issues with the world, it doesn’t seems like it. Sebab apa? First, RM10,000 kau is at the surface (sekali guna, sekali habis), and second, kedai is no longer a must. Sekarang orang pegang smartphone je, kasut dah sampai depan pintu. Correct.

Rasa tak adil kan aku suruh kau bayangkan lepas tu aku judge? Okay keep reading.

Modal tinggi adalah suatu peringkat di mana, kau habiskan RM10,000, and kau dapat balik RM15,000 or maybe RM20,000. Modal tinggi adalah di mana kau bermain dengan saluran. Right channel means right tunnel. Analoginya, bila kau pandai pilih pokok, kau pandai pilih buah. Kalau kau jangka pokok besar memberi buah banyak, kau silap. Di situ permainannya bermula. So, let me asks you something, kau sedia dah ke untuk pilih pokok yang besar, dan menunggu 10 tahun untuk ia membuah? Atau sebaliknya, kau pilih pokok yang sedang membesar, dan hanya menunggu 2 tahun untuk buahnya lebat? Of course, nak jaga pokok kena jaga elok-elok, and by that, I mean the effort.
Generally, for me, modal tinggi is a huge step. Unless kau ni anak Dato’, harta warisan berlapis generasi, macam aku janji nak kupas tadi, and that’s fine for me. Well, if you are not yet to be, teruskan membaca perenggan seterusnya. Kau selangkah untuk menjadi usahawan berjaya.

Modal rendah

Pernah dengar mengenai MLM? Multi-level Marketing? Kalau dah tau, baca (sebab maybe ada lagi yang kau tak tau) and if tak tau, digalakkan untuk baca. So what is this thing yang orang terlalu beria sangat nak join? Apa yang best? Basically, you pay RM250 (for example) for any products yang diberitahu and then nanti kau dapat pulangan lumayan. Sebenarnya, permainan sebenar ialah the Currency Trading. Pernah dengar? Tak? Google it after this. Ia merupakan naik turun harga currency (ada banyak jenis), dan MLM adalah di mana kita (bukan aku) melabur duit dengan graf turun naik tersebut. New thing, Forex. Pernah dengar tak? Kalau tak, masuk sekali list untuk Google nanti (or sekarang ke). So, Currency Trading ialah di mana kau menjadi pusat utama graf, Forex ialah di mana kau bermain dengan titik-titik di graf, MLM ialah di mana kau melabur untuk titik-titik tersebut. Kaitannya dengan modal rendah? You pay less, for a less income.

Bayangkan 7 billion manusia dalam dunia, and 1 billion daripadanya sedang bermain dengan titik-titik tersebut. Kau rasa siapa yang kaya? Kau? Kalau kau dah kaya dengan MLM, aku tak rasa kau baca entri ni. It’s okay, sorry, I won’t judge. MLM pilihan kau (maybe bukan kau tapi orang lain). The point is the modal is rendah, and effort kurang of course. Just have to talk yourself out to convince people to join je. So enough with MLM. Aku teruskan pasal modal rendah (the exact way).

Before that, aku dedahkan modal terendah dalam dunia dan terkenal di Malaysia. Cuma syaratnya, kau perlu ada peti sejuk (tapi parents kau punya). First, beli satu paket plastik panjang (harga sekitar RM1.20 untuk 100 pcs rasanya), and then beli kordial sirap (kedai RM2 ada tak silap aku). Bancuh, dan isi dalam plastik, dan bubuh dalam freezer. Siap aiskrim Malaysia. Jual harga 30 sen sebatang, 100 batang dah RM30, lepas makan 2 hari.

Nampak? You pay less, for a less income. Itulah modal rendah. And believe me, sekarang orang dah gunakan banyak saluran untuk modal rendah ni, and dah jadi income diorang dah pun. Contohnya, ejen topup yang kau hanya bayar RM250 and dapat free ni free that. Itu cara mudah, untuk kau dapat duit, dan untuk mereka (tukang promosi ejen topup) dapat duit. Kecuali kalau kau nak start sendiri, itu maybe bermanfaat untuk kau. Jual lah aiskrim Malaysia, kalau nak up sikit, try jual benda lain. Look further, go beyond.

Tiada modal

Affliation. It’s very simple. Kerja paling popular sekarang, ialah jadi orang tengah. Duit pun dapat, tenaga pun simpan. Aku terangkan. Stokis bagi barang kat kau harga RM30, kau jual RM40, RM10 ambik kat kau, RM30 bagi balik dekat stokis. Yang paling penting, harga asal stokis dapat kat dia maybe RM10 je. Correct me if I’m wrong. Ramai dah kawan aku buat side income sambil belajar, buat benda ni. Kerja main phone je, tak pun main laptop (bukak Whatsapp Web so senang nak taip and deal dengan customer).

Ambil upah. Yang ni kena korban tenaga, dan kena ada kemahiran. Kau ambik lah upah apa pun, cat rumah ke, buat mural ke, panjat pokok kelapa ke, tolong angkat barang ke, jadi driver lori ke. Yang ni sikit dah orang buat, kalau ada pun, bersyukurlah. Kau nak buat pun tak jadi masalah, asalkan dapat upah.

Put everything under prices. Jangan terkejut kalau ada orang letak harga untuk dia bagi ayat motivasi, atau untuk gambar selfie & caption deep dia (tiada kaitan dengan mana-mana pihak). Contoh yang lain ialah main ukulele dan nyanyi untuk sekupang dua. Buat je apa kau rasa bermanfaat untuk orang lain, dan letak harga. Masuk tandas pun RM1 sekarang. Correct.

Nak modal tinggi ke, modal rendah ke, ataupun tiada modal? Pilih. Dan mulakan langkah. Ada beberapa orang yang aku kenal (dah berjaya sekarang), bermula dengan tiada modal, ada income sikit kemudian bermula pula dengan modal rendah, and last sekali modal tinggi (kebanyakannya, kalau kau nak try pun boleh).

Anyhow, selamat maju jaya. Aku doakan yang terbaik. Dah kaya jangan lupa berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

“…I think to myself, we gotta go big with this. We gotta put on a show!” – pelopor McDonald’s, Mac McDonald (rujuk filem ‘The Founder’ tahun 2016)


Sekian.

No comments:

Post a Comment