Tuesday, May 2, 2017

Bab 3: Cuti semester

2 Mei 2017
2.00 petang
Meja kecil hadapan TV, Malaysia

Cuti semester.
(Oleh: Umarul Haqimi Zamri)

Rata-rata pelajar universiti di Malaysia berpeluang menikmati cuti semester sekurang-kurangnya sebulan dan ke atas, sebelum memasuki semester/tahun yang baharu. Kebiasaannya, waktu pembelajaran diambil dalam 4 bulan dan ke atas, jadi cuti semester memang dimanfaatkan dengan sebaiknya. Malangnya, beberapa individu telah didakwa mengambil kesempatan ke atas cuti ini dengan menjadi belia yang tidak berjasa. Mereka ini terdiri daripada kaki-kaki yang kurang diterima baik seperti, kaki rempit, kaki game, kaki tidur dan kaki-kaki yang lain. Sedangkan rakan-rakan yang lain sibuk mengabdikan diri menjadi insan berjasa. Sebulan (atau lebih) itulah masa kau untuk belajar sesuatu di luar kelas. Sedarlah, hidup kau bukan sekadar mendapat segulung sijil di konvokesyen, tetapi untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Kadang-kadang, cuti semester sebulan pun sudah dianggap lama. Inikan lagi, yang sekarang, mahasiswa UiTM sedang menikmati cuti semester selama 5 bulan panjangnya. Kau tak rasa panjang?
Alhamdulillah, majoriti daripada mereka memilih jalan bijak (kerana cuti yang agak lama) untuk bekerja part time/full time di beberapa cawangan kedai di tempat mereka. Aku jangka ramai yang lain pun bertindak sebegini. Cuma point-nya di sini adalah APA yang sepatutnya dilakukan ketika cuti semester. Bekerja? Atau kata nama yang lainnya, ‘mencari pengalaman baharu’. Itulah APA yang sepatutnya dilakukan.

Tak semestinya bekerja. Banyak lagi benda yang kau boleh cari pengalaman baharu. Bekerja itu bonus, kerana kau dapat gaji/pulangan. Dan ketika inilah, petikan daripada entri ‘kerja kerajaan, swasta, dan sendiri’ boleh diguna pakai. Dishwasher. Part time. Biar kerjanya kecil, experience-nya besar.

Bagi aku, cuti 5 bulan (yang sekarang ni) elok digunakan sebaiknya untuk menceburi bidang pekerjaan/pengalaman yang berbeza, sekurang-kurangnya 2. Contohnya, kau bekerja part time menjadi dishwasher, dan kemudian bertukar pula menjadi water boy di stadium. Sekurang-kurangnya kau ada input yang lebih. Aku tak maksudkan kau perlu bertukar kerja secara drastik. Fikirkan saluran sesuai untuk kau explore secara lebih. Seperti aku, aku sedang mencuba jualan atas talian baju dan barangan yang sudah digunapakai. Masih mentah, tapi aku tahu ini menjadi satu input baru bagi aku. Plus, aku mengambil tempahan potret. Sudah cukup 2. Cuti berbaki lagi (lebih kurang) 4 bulan. Banyak lagi yang aku ingin cuba. Jiwa muda, usia muda, gunakan sebaiknya. Biar kau ada cerita untuk digunapakai sebagai motivasi untuk generasi akan datang. Untuk anak cucu kita (bukan kau dan aku) nanti.

Yang utamanya, utamakan keluarga dahulu. Selagi ada mereka, abadikan memori bersama. Tak bermakna kau nak kerja, kau nak travel, kau perlu habiskan semua masa kau. Bahagikan sebaiknya dengan keluarga, family time, precious time. Biar ada keberkatan dan restu mereka. Biar mereka sokong kau dengan setiap apa yang kau buat. Cuti ni je kau nak jumpa mereka, buka semester kau dah busy dengan assignments dan program anak angkat di kampung jiran.

Pesanan kepada aku (dan kau juga), siapkan diri sebaiknya dalam cuti semester, tak kira sebulan mahupun setahun (Gap Year), pastikan kau mendapat ilmu yang sangat berguna untuk kehidupan kau, di dunia mahupun di akhirat kelak. Ilmu yang paling bernilai, tetapi kurangnya pada jiwa anak muda zaman kini, ialah ilmu agama. Tengok jelah kuliah subuh/maghrib, berapa kerat je bawah 20. Yang ramainya 5 Series. Ye, ni pesanan kepada aku terutamanya. Sama-sama kita ubah menjadi lebih baik.

Jadi, cuti semester ni kau buat apa je bro? Ikutlah. Kita pancing ikan kat sungai pun okay. At least kalau taknak bela, kita makan. Taknak makan, kita jual. Modal apa sangat, belalang kita tangkap, joran guna kayu dengan tali. Baldi rembat lah nenek kau punya. Pun boleh bro, pun boleh…


Sekian.

No comments:

Post a Comment